Hiburan Sensasi Viral

Lana Nordin & Suami Dicop Pembuli Jalan Raya

Kecoh di laman sosial kisah mengenai Lana Nordin dan suami yang dikatakan bersikap kurang ajar atau lebih dikenali sebagai pembuli jalan raya.

Malah, suami Lana iaitu David Mckienzie telah dikatakan menunjuk isyarat lucah kepada pengguna jalan raya.

Kejadian berlaku di Johor Bahru sebelum Laluan Kedua  Malaysia-Singapura kira-kira 6.30 petang pada 14 Mar baru-baru ini.

Kejadian itu sempat dirakam oleh pengguna jalan raya dan rata-rata kesal dengan tindakan Lana dan suaminya.

Mengikut sumber, David terlanggar bahagian depan sebuah kereta ketika trafik sesak. Namun, tidak semena-mena David keluar dan terus menyerang kereta mangsa dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Malah, kelihatan Lana juga turun dari kereta untuk mengambil gambar. Mungkin Lana mahu menjadikannya sebagai bukti sekiranya kes tersebut berlarutan hingga ke mahkamah.

Tak berani nak komen lebih-lebih sebab tidak tahu siapa yang bersalah sebenarnya. Namun, sebagai selebriti yang dikenali ramai, rasanya tindakan itu mengundang padah dan memakan diri.

Jadi, kita tunggu sahaja apa jawapan Lana mengenai kes ini. Tunggu jangan tak tunggu!-KLICK.MY