Hiburan Sensasi Terkini

Lama Menghilang, Shahir AF Muncul Di Majlis Hari Jadi Anak Erra Fazira

MUNCUL kemudian hilang dan muncul kembali, ibarat sudah jadi kebiasaan dalam hidup penyanyi Shahir Zawawi atau lebih dikenali sebagai Shahir AF.

Setelah lama menghilangkan diri dalam dunia seni, Shahir muncul dengan menyertai AF Megastar pada Oktober tahun lalu.

Ketika itu dia nekad untuk memeriahkan kembali dunia hiburan tanah air. Namun setelah dilanda kontroversi isu ‘pramugari’ dan hutang, dia kembali “menyembunyikan” diri.

BACA: Lepas ‘Isu Pramugari’ Shahir Af8 Viral Lagi Kes Tak Bayar Hutang

Malah, laman sosial rasmi miliknya juga tidak aktif sehingga mengundang pelbagai spekulasi dan pertanyaan.

Shahir juga pernah memberi kenyataan akan mengahwini Erra Fazira pada tahun ini, namun sehingga kini belum ada apa-apa berita mengenai niatnya itu.

BACA: Walau Dibadai Kontroversi, Shahir Tetap Lamar Erra Fazira

Kehilangannya kali ini diakhiri apabila muncul pada majlis ulang tahun kelahiran ke sembilan Engku Aleesya iaitu anak Erra Fazira.

Majlis berkenaan diadakan beberapa hari lalu di sebuah restoran di Damansara.

Dalam perkongsian gambar di Instagram milik sahabat Erra yang juga bekas wartawan hiburan iaitu Intan Zabidin, kelihatan beberapa gambar menampakkan kelibat Shahir yang duduk bersebelahan Erra bersama teman-teman lain.

Kemunculan foto itu sedikit sebanyak melenyapkan teka-teki kehilangan pemuda itu selain membuktikan pasangan berkenaan masih lagi berhubung.

Apapun jika sudah tertulis jodoh mereka, semoga perancangan untuk mendirikan rumah tangga dimakbulkan Allah SWT. –KLICK.MY

Sumber: mStar Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen