Semasa

Kutukan Tidak Halang Buku Fattah Amin Di Carta ‘Best Seller’

Itulah korang bukan main lagi kutuk Fattah Amin apabila dia menghasilkan buku berjudul 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin baru-baru ini. Malah ada juga teman artis yang sama mengutuknya.

Kalau korang nak tahu, kutukan yang menyebabkan ia menjadi kontroversi itulah yang menarik minat orang ramai terutamanya peminat setia membeli buku tersebut.

Buktinya dapat dilihat apabila pengedar buku tersebut iaitu Buku MPH Book Store telah memohon tempahan kedua sejak ia dilancarkan Februari lalu. Malah pembelian secara dalam talian juga naik mendadak.

Hahaha…Tak sangkakan walaupun ada pihak yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai penulis, namun bukunya tetap laris seperti pisang goreng cheese gitu.

Selain MPH Book Store, 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin boleh dibeli di kafe milik Fattah iaitu Stalkerscafe selain tempahan secara dalam talian.

Pasti selepas ini orang-orang yang mengutuknya akan ternganga mulut seakan tidak percaya.-KLICK.MY