Semasa Sensasi Terkini

Kulit Ikan Tilapia Boleh Sembuhkan Luka Terbakar?

Seorang doktor di Brazil menggunakan kaedah yang unik dan luar biasa untuk mengubati luka kesan terbakar. Dia menggunakan kulit ikan tilapia untuk merawat luka tersebut.

Kaedah yang digunakannya mendapat perhatian dunia kerana ia lain daripada yang lain. Lagi pun tidak terfikir bahawa kulit ikan mampu menyembuhkan luka terbakar.

Kalau dilihat mata kasar, kelihatan seperti pesakit mempunyai kulit seperti ular. Namun, ia sebenarnya kulit ikan tilapia yang ditampal di kawasan tubuh yang terbakar.

Khabarnya kulit ikan digunakan kerana hospital di Brazil tidak mampu menggunakan kaedah yang biasa digunakan. Biasanya kulit manusia atau haiwan seperti khinzir digunakan tetapi ia dikatakan terlalu mahal.

Jangan main-main dengan kulit ikan tilapia ini kerana ia membantu menyejukkan luka kesan terbakar. Malah kadar kelembapannya tinggi dan mengandungi protein kolagen jenis 1 dan 3.-KLICK.MY