Sensasi Terkini Viral

Kucing Peliharaan Terpanjang Di Dunia Milik Omar

Kucing adalah haiwan peliharaan yang disukai ramai kerana sifatnya yang manja.

Kucing ada pelbagai jenis dan baka paling disukai ramai biasanya berbulu lebat, berwajah unik dan comel.

Bagaimanapun ada juga yang sukakan kucing besar dan panjang malah ada yang kelihatan seperti harimau atau singa.

Kini, ada kucing yang bersaiz tiga kali ganda daripada kucing biasa dan berada dalam senarai kucing paling panjang di dunia dalam Guinness World Records.

Kucing berkenaan seberat 14 kilogram dan bernama Omar. Kucing ini menjadi sensasi dalam kalangan netizen setelah gambarnya di muat naik di Instagram cats_of_instagram yang mempunyai lapan juta pengikut.

Omar adalah baka daripada Mainecoon yang terkenal dengan saiznya yang panjang.

Menurut tuannya, Stephy Hirst dari Melbourne, Australia dia akan menghantar Omar untuk ukuran bagi membolehkan pengesahan secara rasmi dibuat.

Rekod kucing terpanjang kini dipegang oleh seekor kucing dengan ukuran 118.3 sentimeter. Namun menurut Hirst, Omar mempunyai ukuran kali terakhir sepanjang 120 sentimeter.

Takut juga tengok kucing-kucing yang bersaiz luar biasa ini. Ibarat macam tengok singa atau harimau. Namun jangan risau, biasanya kucing bersaiz besar ini manja dan tidak ganas. –KLICK.MY