Hiburan Sensasi Terkini Viral

Kreatif, Shaheizy Sam Tunjuk Bakat Hasilkan Produk DIY

Wah, buka sahaja berbakat dalam bidang lakonan, rupa-rupanya pelakon yang baru sahaja beberapa bulan bergelar bapa, Shaheizy Sam juga kreatif dalam menghasilkan produk DIY (do it yourself)!

Menurut Sam, sejak dulu lagi dia memang mempunyai hobi menghasilkan barangan DIY. Justeru, menurutnya kebetulan cuti dan mempunyai masa senggang, dia mengisinya dengan menghasilkan dua barangan DIY.

Sam memuat naik gambar barangan DIY yang dihasilkan di Instagram dan hasilnya kreativitinya memang mengagumkan.

Satu barang DIY sudah siap dan hanya tinggal satu sahaja lagi yang masih dalam proses. Barang DIY yang sudah siap ialah lampu siling yang kelihatan sangat menarik.

Rata-rata pengikutnya di Instagram mahu Sam berkongsi video bagaimana menghasilkan lampu tersebut. Malah, ramai juga yang kagum dengan hasil kreativiti pelakon Polis Evo tersebut.

Tidak sabar rasanya nak tunggu barang DIY kedua yang dihasilkan oleh Sam. Ada juga pengikut yang meneka barangan kedua itu adalah nursing chair.

Apapun , kita tunggu sahaja hasilnya nanti. Kreativiti yang dipamerkan oleh Sam mungkin boleh dijadikan ikutan peminat-peminatnya. Syabas diucapkan kepada Sam. –KLICK.MY