Terkini Viral

Kreatif, Mesin Jahit Digunakan Untuk Bancuh Minuman

Biasanya mesin jahit digunakan untuk menjahit pakaian. Namun sebaliknya berlaku di negara jiran, Indonesia apabila mesin tersebut digunakan untuk membancuh minuman.

Kreativiti peniaga tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial di sana. Teknik itu membolehkan peniaga menyediakan minuman yang dipesan dalam masa singkat.

Kedai Teh Susu Telur yang terletak di Sumatera Utara ini, menjadi pilihan orang setempat untuk sarapan dan minum.

Menurut pemilik, Pak Mardy, idea menggunakan mesin jahit tersebut datang apabila dia tidak menang tangan memenuhi pesanan pelanggan.

Jadi, dia telah mengubah suai sebuah mesin jahit terpakai menjadi pembancuh air. Selain mempercepatkan proses penyediaan minuman, ia juga menjadikan minuman semakin sedap.

Malah, air dibancuh menggunakan mesin jahit ini membuatkan minuman dibancuh lebih sebati dan berlemak.

Penggunaan mesin jahit tersebut membuatkan kedai Pak Mardy berbeza daripada kedai-kedai lain. Kalau anda mempunyai mesih jahit yang sudah tidak dipakai, apa kata guna idea Pak Mardy ini. –KLICK.MY