Viral

Kotor Dan Menjijikkan! Premis Sate Tulang Terkenal Diarah Tutup

SEORANG pengusaha sate tulang di Senawang, diarah menutup operasinya selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) kerana didapati mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

Pengarahnya, Dr. Zainudin Mohd Ali berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang tersebut, susulan tular isu kebersihan tempat berkenaan oleh netizen dalam Facebook.

“Maklum balas yang diterima hasil siasatan ini mendapati pemunya premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan premis ini didapati tidak bersih.

“Selain itu pengusaha premis juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan masakan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih,” katanya dalam satu kenyataan.

Zainuddin berkata, premis tersebut diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas makluman orang awam dan menasihatkan supaya memilih premis makanan yang bersih bagi mengelakkan keracunan. –KLICK.MY

Sumber: Sinar Harian Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.