Hiburan Sensasi Terkini

Kos RM2.2 Juta, Kutipan Badang Selepas 7 Hari RM68 Ribu Sahaja

PERCATURAN filem Badang meletakkan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang terkenal dengan strategi viral sebagai bintang utama, ternyata gagal membuat filem itu pecah panggung.

Malahan filem itu mengutip hanya RM68,8216.17 selepas tujuh hari ditayangkan di pawagam sedangkan kos pembikinannya sahaja mencecah RM2.2 juta.

Selain kritikan terhadap bakat lakonan Aliff Syukri, rata-rata penonton menyatakan filem arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu sangat teruk termasuk daripada segi jalan cerita dan skripnya.

Di laman web IMDB, filem itu mendapat rating 1 bintang sahaja. Malah seorang penonton membuat komen sarkastik filem Badang boleh menyebabkan pawagam menjadi bankrap.

Baca komen di laman web tersebut di bawah:

“Pelakon utama menyatakan filem ini jauh lebih baik dari Black Panther. Padahal jalan ceritanya terlalu memalukan, sama seperti pelakon utama itu sendiri. Pengarah filem menyarankan penonton meletakkan diri sebagai kanak-kanak ketika menonton filem ini sedangkan kanak-kanak masa kini pun tahu filem ini memang teruk.

Saya tak faham kenapa pengarah yang pernah mengarah filem bagus suatu masa dulu menyuruh kita tonton filem ini sama macam tonton filem-filem lamanya.

Filem ini merosakkan zaman kanak-kanak kita yang tahu kisah Badang sebenar. Tolong jangan bawa anak anda menonton filem ini, jauhi filem ini, ianya langsung tak berbaloi untuk ditonton”.

Penonton menggunakan nama Ceritamaniac pula mendakwa, filem itu satu “penghinaan” kepada seluruh manusia.

“Filem itu teruk dari segi skrip, CGI, VFX, runut bunyi, arahan, suntingan, plot tidak konsisten. Filem mengarut, rasa seperti dirompak serta dahi merah kerana banyak menepuk dahi sendiri ketika menonton.

“Jika tak percaya saya, anda tonton sendiri. Tak masuk akal lagi bila filem ini dihasilkan di bawah Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Kalau tak percaya, Google saja pengarahnya.

“Wow. memang filem ini mampu “mengalahkan” filem Hollywood sangat!” –KLICK.MY