Sensasi Terkini Viral

Kopi Tanpa Warna Semakin Popular

Adakah anda seorang penggemar kopi? Kalau ya, pasti anda tahu warna kopi adalah hitam. Namun ia kini tidak lagi berwarna hitam.

Dua beradik dari United Kingdom (UK) telah mencetuskan fenomena baharu dalam dunia teknologi apabila menghasilkan air kopi tanpa warna yang pertama di dunia.

Sekali pandang, ia seakan-akan air sejuk atau mineral kerana tidak mempunyai warna. Namun sebaliknya setelah anda menghidu dan merasainya sendiri.

Unik bukan? Namun menurut media di sana, David dan Adam Nagy yang juga warga Slovakia telah menghasilkan minuman kopi dipanggil sebagai Clear Coffee yang kelihatan seperti air biasa.

Minuman tersebut dihasilkan daripada biji kopi Arabica berkualiti tinggi dengan campuran air tulen tanpa bahan pengawet, perasa tiruan, pemanis atau gula tambahan.

Lebih istimewa, minuman kopi tersebut tidak akan meninggalkan kesan kuning pada gigi kepada penggemar minuman itu.

Pembuatannya me¬ngambil masa selama tiga bulan untuk memproses setiap botol kopi menggunakan kaedah ‘rahsia’ yang tidak pernah digunakan sebelum ini bagi mengekalkan perisanya selain memastikan minuman tersebut tidak berwarna.

Kopi berkenaan kini hanya dijual di pasaran UK dan Slovakia dengan harga 5.99 pound (RM33.70) bagi setiap pek me¬ngandungi dua botol kaca 200 mililiter tetapi boleh didapati secara dalam talian pada harga 20 pound bagi satu pek lima botol.

Pelanggan, bagaimanapun perlu menunggu selama empat ming¬gu untuk mendapatkan produk tersebut kerana sambutan hangat diterima daripada penggemar kopi di seluruh dunia.-KLICK.MY

Tag