Hiburan Sensasi Terkini

Kontrak Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Tidak Disambung

DEK kerana kisah rumah tangga yang menimpa pelakon Izreen Azminda baru-baru ini, kontraknya bersama produk kecantikan Meeracle tidak lagi disambung selepas tamat pada 15 Februari lalu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi surat bertarikh 1 Mac 2018 yang dimuat naik di Instagram rasmi  Meeracle.

Mereka menyatakan keputusan itu diambil pihak pengurusan atas sebab-sebab tertentu.

Izreen sebelum ini turut memadam akaun Instagramnya dan perkara tersebut turut dilakukan oleh suaminya yang dikenali sebagai Ude.

Berkaitan: Izreen Azminda Tutup Instagram Tak Tahan Dikecam?

Apa yang pasti, jika akaun media sosial mereka masih lagi wujud, pengguna laman sosial pasti akan menjadikannya tempat melepas geram sekaligus memberi impak kepada jenama yang diwakili oleh Izreen sebagai seorang selebriti. –KLICK.MY