Luar Negara

Kongsi Imbasan X-ray, Andy Murray Tak Perasan Alat Sulitnya Terdedah

HATI-HATI sebelum berkongsi apa jua gambar di media sosial terutamanya kalau anda seorang selebriti terkenal.

Itulah yang berlaku ke atas pemain tenis terkenal, Andy Murray apabila berkongsi gambar imbasan X-ray bahagian tulang pinggangnya.

Andy pada Isnin lalu menjalani rawatan berkaitan pinggangnya di sebuah klinik di London.

Selain gambar dia dalam pakaian pesakit sedang terbaring di atas katil, dia turut memuat naik paparan imbasan X-ray.

Perkongsian itu bagaimanapun pantas menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Ia berikutan imbasan X-ray bahagian tulang pinggang juara Wimbledon itu turut memaparkan bahagian alat sulitnya.

Besar kemungkinan Andy sendiri tidak perasan imej alat sulitnya turut terpapar dalam imbasan berkenaan.

Rata-rata peminat Andy turut berjenaka mengenai perkara itu di laman Twitter.

Andy kini bergelut dengan kecederaan dan belum membuat keputusan sama ada mahu menanam besi di tulangnya agar dia dapat bertahan lebih lama dalam sukan tenis.

Dia mula mengalami sakit itu sejak perlawanan terakhirnya di Melbourne.—KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.