Hiburan Sensasi Terkini

Kongsi Gambar Peluk Roberto Carlos, Tiz Zaqyah Dikecam Netizen

PELAKON jelita, Tiz Zaqyah memuat naik sekeping gambar di Instagram menunjukkan dirinya sedang berpelukan dengan bekas pemain bola sepak dunia, Roberto Carlos.

Bagaimanapun, Tiz tidak mendedahkan lokasi pertemuannya bersama Roberto malah menutup ruangan komen pada gambar tersebut.

Bagaimanapun, aksi Tiz dalam gambar tersebut telah mendapat kritikan dan kecaman netizen apabila ianya tersebar di media sosial.

Roberto merupakan pemain legenda yang pernah beraksi bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Kehadirannya ke Malaysia kerana beliau telah dilantik menjadi duta global syarikat penerbangan tambang murah iaitu AirAsia.

Mungkin terlalu teruja atau sememangnya Tiz merupakan peminat setia kepada pemain bola sepak legenda ini, dia secara spontan memeluk erat lelaki berkenaan.

Namun meskipun menjadi hak Tiz untuk berkongsi gambar sedemikian, sebagai figura umum rasanya biarlah ianya disimpan untuk tatapan peribadi sahaja kerana tidak sesuai untuk tatapan orang ramai. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.