Sensasi Terkini Viral

Kondom Buatan China Terlalu Kecil- Menteri Zimbabwe

SEBUAH syarikat pengeluar kondom di China memberitahu mereka kini mempertimbangkan untuk menghasilkan produk dalam pelbagai saiz.

Ia susulan aduan Menteri Kesihatan Zimbabwe, David Parirenyatwa bahawa alat pencegah hamil buatan China yang dieksport ke negara Afrika itu terlalu kecil untuk lelaki tempatan.

Menurut laman berita NewZimbabwe.com, Parirenyatwa membuat kenyataan tersebut pada majlis di ibu negara Harare minggu lalu bagi menggalakkan pencegahan HIV/Aids.

“Wilayah selatan Afrika mencatatkan kes HIV tertinggi dan kita menggalakkan penggunaan kondom.

“Golongan belia kini mula menyukai cara pencegahan menggunakan kondom tertentu tetapi negara kita tidak mengeluarkannya.

“Kita import dari China namun segelintir lelaki mengadu ia terlalu kecil,” katanya.

Parirenyatwa menambah, syarikat-syarikat di Zimbabwe perlu mengeluarkan kondom dan tidak hanya bergantung kepada import semata-mata.

Zimbabwe merupakan salah satu negara di Afrika Sub-Sahara yang mencatatkan kes tertinggi HIV/Aids, dengan anggaran 13.5 peratus daripada populasi dewasanya dijangkiti virus itu.

Penggunaan kondom merupakan cara utama untuk mengehadkan penyebaran jangkitan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen