Sensasi Terkini

Komen Kenaikan Kos Sara Hidup, Annuar Dakwa Sheila Majid Salah

SEMALAM beberapa media melaporkan luahan pendapat ratu jazz Negara, Sheila Majid berhubung masalah ekonomi yang melanda Negara kini yang menekan rakyat.

Pendapat peribadi Sheila itu mendapat perhatian Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Berkaitan: Makanan Mahal, Kos Sara Hidup Tinggi, Rakyat Dah Bosan- Sheila Majid

Portal Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBNBC) melaporkan Annuar sebagai berkata, banyak perkara yang dikatakan Sheila adalah tidak benar.

“Banyak yang salah, kerana ini bukan bidangnya,” kata Annuar.

Bagaimanapun Annuar berkata, beliau menghormati pandangan dan tanggapan rakyat dan bersikap positif mengenainya.

“Kita kena hormati suara di luar sana. Kita kena beri perhatian. Kita kerajaan kena positif,” katanya.

Selasa lalu, Sheila menulis di Twitter mengenai kekecewaanya terhadap kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia.

“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan tidak mencukupi,” antara yang disebut Sheila di Twitter.

Sheila turut menyatakan bahawa ramai rakyat Malaysia mahu Kerajaan memberi tumpuan untuk meletakkan negara kembali ke landasan.

Apapun, pendapat dan kritikan membina amat penting dalam menjadikan Negara lebih baik, semoga pihak pemerintah mendengar luahan semua golongan tanpa mengira latar belakang kerana setiap individu mempunyai hak untuk bersuara. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen