Hiburan Sensasi Terkini Viral

Koleksi Pakaian Mak Cun Curi Perhatian Di Minggu Fesyen Torino, Itali

Siapa tidak kenal pengarah tersohor Erma Fatima, wanita besi yang tidak pernah tunduk dengan kritikan, biar apa pun orang nak mengata, dia tetap terus menghasilkan karya-karya seninya  tanpa putus asa.

Sebut Mak Cun pasti semua akan ingat pada Erma, tak dinafikan selepas drama itu diterima ramai, Erma mula menjenamakan Mak Cun agar dikenali sebagai sebuah jenama dan bukan sekadar sebuah drama televisyen.

Terkini Erma berada di Itali dalam usahanya menaikkan jenama pakaiannya Mak Cun Collection yang diangkat daripada drama popular arahannya itu.

Tiga hari lalu, Erma dan pasukannya telah menyertai minggu fesyen di dalam pertunjukan fesyen di Torino, Itali.

 

Terima Kasih Allahhh… #torino_fashion_week

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Menerusi laman Instagram miliknya, Erma ada berkongsi perjalanannya sebelum hari kemuncak Torino Fashion Week 2017 itu dan ramai peminatnya melahirkan rasa kagum terhadap pencapaian Erma membawa nama Mak Cun.

Ramai pengikut di laman sosial itu mendoakan agar koleksi itu mendapat sambutan luar biasa di luar negara.

Ternyata, pakaian Muslimah atau dipanggil modest fashion yang mengangkat tema flora pelbagai warna mendapat perhatian pihak media antarabangsa sehingga Erma menjadi buruan wartawan untuk menemubualnya mengenai koleksi itu.

Malah sebuah portal iaitu New York Transatlantic menyenaraikan koleksi Mak Cun sebagai antara pilihan terbaik.

Portal itu menulis, koleksi Mak Cun menampilkan kemewahan daripada fabrik batik tetapi kelihatan ringkas dan menarik.

“Rekaan dipersembahkan Erma Fatima memfokuskan kepada keaslian dan kemodenan dengan warna-warni daripada fabrik batik yang menampakkan mewah tetapi ringkas,” tulis portal itu.

Wow, tahniah diucapkan kepada Erma atas keberaniannya mencuba bidang yang baru baginya dan percaturannya itu nampaknya membuahkan hasil.

Saksikan temubual Erma dengan produksi televisyen di Itali yang telah dialihbahasa.

 

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Nampaknya jenama Mak Cun kini telah mula menapak di peringkat global, semoga usaha Erma ini berjaya membuat jenama itu terkenal di serata dunia.  –KLICK.MY