Hiburan Terkini

Klip Video Dr. Vida Bertemu Mazuin Hamzah Tarik Perhatian Netizen

Masihkah anda ingat dengan penyanyi yang pernah popular satu ketika dulu iaitu Mazuin Hamzah? Mungkin generasi sekarang tidak mengenalinya.

Namun, bagi generasi tahun 80 dan 90-an pasti mengenali penyanyi yang pernah mendirikan rumah tangga dengan adik Sultan Brunei ini.

Semalam, rindu peminat-peminatnya seakan terubat apabila pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr. Vida memuat naik sebuah klip video pertemuannya dengan bekas anggota kumpulan Quinary M itu dalam sebuah majlis tertutup.

Saper rindu Pengiran Bini Mazuin? Ingat tak lagi.. Lagu ni?

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Mazuin Pernah popular menerusi lagu Cinta Palsu. Malah dalam klip video tersebut, Mazuin turut menyanyikan beberapa rangkap lirik daripada lagu berkenaan.

Netizen yang juga peminat Mazuin yang teruja dengan klip video itu turut meninggalkan komen termasuk penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang turut mengakui amat meminati penyanyi kelahiran Ipoh, Perak itu.

Turut sama kelihatan bersama adalah anak lelaki Mazuin, Pengiran Khaleed yang kini sudah berusia 23 tahun.

Bertuah sungguh Dr. Vida kerana dapat bertemu dengan penyanyi yang sangat dirindui ini. Mazuin masih kelihatan jelita dan menawan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.