Terkini Viral

KJ Pukau Netizen Dengan Lakonan Video Tahun Baru Cina

MENTERI yang terkenal dengan jolokan “Tall, Dark & Handsome” ini sememangnya sentiasa dipandang tinggi golongan belia kerana serba boleh dalam kepimpinannya.

Sering menonjolkan gaya hidup sihat dan cergas beraksi dalam pelbagai cabang sukan, populariti Khairy Jamaluddin yang mesra dipanggil KJ ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

Terbaharu, KJ memukau netizen dengan lakonannya yang mantap dalam sebuah video sempena Tahun Baru Cina. Tambah menarik video itu turut menampilkan anak sulungnya, Cougar.

“Sempena kehadiran Tahun Baharu Cina kali ini, saya berkesempatan merakam sebuah mesej video bersama masyarakat Cina di Rembau,” tulis KJ di Youtube.

Saksikan video di bawah:

Video itu menceritakan kisah KJ belajar memasak masakan ikan sempena Tahun Baru Cina daripada seorang ‘aunty’ sambil diperjelaskan mengenai simbolik ikan kepada kemakmuran, untung atau tuah.

Komen netizen, KJ memang ada bakat berlakon! Sebelum ini pun, KJ pernah berlakon menjadi pemandu teksi, penjual ayam percik dan bangla kutip sampah juga.

Nampaknya ramai suka lakonan KJ dalam video ini hinggakan tak sabar menanti video daripadanya sempena perayaan lain pula selepas ini. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.