Gaya Hidup Sukan Terkini

Menteri Sukan Pakai Stokin Lain Warna, Fesyen Terkini?

APAKAH tujuan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memakai stokin yang berlainan warna? Adakah dia tersalah pakai kerana tergesa-gesa ke tempat kerja?

Apa tidaknya, Khairy dilihat mengenakan sarung kaki berwarna kuning pada kaki kanan dan berbelang biru, hitam serta hitam coklat untuk sebelah lagi.

Gambar menunjukkan beliau memakai stoking berlainan warna itu tular di media sosial sejak semalam.

Namun persoalan itu akhirnya dijawab oleh Khairy sendiri.

“Saya suka stokin terang tetapi hari ini ia tidak sepadan. Adakah angkara saya tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat Kabinet sehingga tidak dapat cari sepasang yang sepadan?

“Adakah ini OOTD (Outfit Of The Day) terbaharu?” katanya menerusi catatan di laman Instragram miliknya, semalam.

Menyangkal tanggapan 854,000 pengikutnya, Khairy menjelaskan, pemakaian stokin bercelaru warna dan corak itu adalah sempena meraikan Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut 21 Mac pada setiap tahun.

Katanya, ia antara lain peringatan kepada masyarakat bahawa manusia dan segelintir perkara mungkin tampak berbeza namun ianya masih indah serta mengagumkan menerusi kaca mata sedia ada.

“Hari Sindrom Down Sedunia menitipkan mesej untuk menyayangi manusia seperti sedia ada. Hari ini, saya turut menzahirkan penghormatan kepada anak saudara, Aisha.

“Aisha mempunyai Sindrom Down tetapi ia tidak pernah dijadikan rintangan untuk dia mengejar impiannya.

“Dia bijak, cantik, kelakar, aktif dan sentiasa menampilkan diri sebagai jurucakap yang mempunyai keberanian ketika menyampaikan ucaptama mengenai perjuangan ke arah sistem pendidikan menyeluruh, dengan mengetepikan perbezaan antara kanak-kanak biasa serta istimewa,” katanya.

Anak saudara Khairy, Aisha (kiri).

Masih belum terlambat, kami di sini juga mengucapkan selamat Hari Sindrom Down. Sayangilah anak sindrom down anda seperti mana anak-anak normal yang lain. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.