Sensasi Terkini Viral

Kisah Misteri Di Sebalik Pembinaan 5 Rumah Terpelik Di Dunia

“Selamat datang ke Heliodome. Bersedia untuk mati!’’ Mungkin ini tanggapan sesiapa sebelum masuk ke rumah berbentuk pelik ini seperti namanya juga.

Direka dengan bentuk seperti berlian dan UFO, rumah di Strasbourg, Perancis ini dibina sebegini bagi mendapatkan kuasa matahari secara maksimum.

Rumah ini dibina pada kedudukan tersebut bagi menjaga suhu sejuk ketika musim panas dan mengekalkan suhu suam di musim salji.

Istana Batu Karang yang dibina oleh seorang lelaki yang kecewa ditinggalkan tunang pada malam pernikahannya ini dibina pada tahun 40-an dan proses pembinaannya kekal misteri sehingga kini.

Selepas ditinggalkan kekasih hati, Ed Leedskalnin berhijrah ke Florida dan mula membina istana cintanya daripada kepingan-kepingan batu.

Yang menjadi persoalan, dia dikatakan membina istana itu hanya pada waktu malam dan tiada sesiapa yang membantunya mengangkat batu-batu sehingga menjadi sebuah istana.

Ada khabar angin menyatakan dia menggunakan ilmu silap mata, namun Ed menafikan dan memberitahu, dia menggunakan teknik seperti orang Mesir membina piramid.

Jika anda teringin nak merasa hidup di bawah lautan tetapi tidak mampu bertahan lama di dalam air, anda sesuai tinggal di rumah agam diperbuat daripada cengkerang siput yang dibina Javier Senosiain di Mexico City ini.

Di bahagian dalam dan luarnya dipenuhi cengkerang licin, tingkap juga diperbuat daripada mozek kaca berwarna warni, sangat cantik!

Rumah pokok terbesar di dunia ini disokong enam pokok, ada 80 bilik, sebuah gereja dan jaring bola keranjang.

Menteri, Horace Burgess membina sendiri rumah itu kerana menurutnya dia mendapat arahan daripada tuhannya, sayang sekali rumah itu diarahkan ditutup pada 2012 kerana melanggar Akta Keselamatan.

Rumah Cendawan ini terletak di Cincinnati dibina oleh  Terry Brown yang menukar rumah banglonya menjadi rumah cendawan ini bagi kerana terlalu meminati filem Alice In Wonderland.

Percaya atau tidak dia mengambil masa selama 14 tahun untuk merealisasikan rumah idamannya ini namun apa yang menyedihkan dia hanya dapat tinggal di rumah ini dua tahun sahaja sebelum meninggal dunia.

Pada 2012 rumah ini dijual dan diduduki oleh tuan yang baru. Siapa agaknya yang suka tinggal di rumah pelik ini?–KLICK.MY