Sensasi Sukan Terkini Viral

Puasa Tak Halang Khairy Jamaluddin Tawan Gunung Kinabalu

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (tengah) memegang obor KL2017 bergambar kenangan bersama maskot RIMAU sempena Larian Obor Kuala Lumpur 2017 di puncak Gunung Kinabalu, Sabah. foto oleh AHMAD FADALI / MASOC/ TOT, 05 JUN 2017
Respek! Meskipun berpuasa, Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin berjaya mengetuai larian membawa Obor Sukan SEA KL2017  ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah, 6 pagi ini.

Video beliau dan pasukannya menawan puncak gunung Kinabalu kini menjadi trending dan kegigihan serta semangat wajanya menjadi bualan dan pujian netizen.

Pendakian sejauh 4,095.2 meter yang turut disertai 24 pendaki lain itu bermula semalam dengan rombongan berkenaan terlebih dahulu bermalam di Laban Rata.

Mereka kemudia meneruskan pendakian ke puncak awal pagi tadi bagi menyalakan obor tersebut.

Khairy menerusi akaun Twitternya hari ini memaklumkan mengenai ketibaan obor tersebut di puncak gunung tertinggi yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. –KLICK.MY