Hiburan Sensasi Terkini

Ketua Kumpulan 100%, Minwoo Meninggal Dunia Secara Mengejut

BAGI peminat setia dunia hiburan Korea Selatan, pasti mengenali ketua kumpulan 100%, Minwoo.

Berita menyedihkan buat peminat-peminatnya apabila Minwoo ditemui meninggal dunia secara mengejut di rumahnya pada Ahad, seperti dilaporkan oleh agensinya, TOP Media.

“Ini adalah TOP Media. Kami memohon maaf kerana menyampaikan berita menyayat hati secara tiba-tiba kepada semua.

 “Pada 25 Mac, artis kami anggota kumpulan 100%, Minwoo telah meninggalkan kita semua. Dia ditemui tidak bernyawa di rumahnya di Gangnam.

 “Anggota unit kecemasan 911 telah sampai ke tempat kejadian dan mengumumkan kematiannya.

 “Keluarga Minwoo, 100%, rakan artis, TOP Media dan staf kami sedang berduka dengan berita yang mengejutkan ini.

 “Sebagai ketua kumpulan, Minwoo telah memimpin rakan-rakannya dengan baik sekali. Dia sangat suka menyanyi untuk rakan-rakan dan peminatnya.

 “Kehilangannya amat dirasai kerana Minwoo dikenali dengan perwatakan yang menyenangkan dan disukai ramai.

 “Majlis pengebumiannya akan dilaksanakan secara privasi bagi menghormati permintaan keluarga,” ujar kenyataan media tersebut.

Sungguhpun punca kematian sebenar belum diketahui industri hiburan Korea Selatan sudah terbiasa dikejutkan dengan berita kematian artis popular di sana, disebabkan membunuh diri. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.