Jenayah Semasa Viral

Ketagih Dadah, Suami Isteri Beli Syabu Guna Wang Sekolah Anak

Akibat ketagihan dadah jenis syabu, tergamak sepasang suami isteri menggunakan wang belanja sekolah anak-anak setiap hari untuk membeli dadah itu sehingga anak mereka tercicir sekolah.

Lebih teruk, mereka tanpa rasa bersalah sering mengambil dadah tersebut di hadapan anak-anak sendiri.

Pasangan yang berusia 37 dan 40 tahun itu langsung tidak mempedulikan keadaan anak-anak yang dibiarkan terabai.

Perbuatan tidak bermoral mereka terhenti apabila ditangkap dalam serbuan dalam Operasi Cegah (Op Cegah) oleh sepasukan anggota penguatkuasa Agensi Dadah Kebangsdaan (AADK) Cheras, Kuala Lumpur semalam.

Mereka antara 12 individu yang ditahan dan ketika serbuan pasangan itu sedang leka memasak syabu di kediaman mereka di Desa Tun Razak.

Bagaimana nasib anak-anak mereka selepas mereka ditangkap agaknya? –KLICK.MY

Sumber: Harian Metro