Hiburan Sensasi Terkini

Kerja Keras Berbaloi, Kini Ruhainies Miliki Rumah & Kereta Mewah

SEMAKIN ramai artis muda kita pada hari ini berjaya hingga mampu memiliki rumah dan kereta sendiri. Satu pencapaian yang boleh dijadikan contoh dan dibanggakan.

Terbaharu, mStar Online melaporkan pelakon cantik manis Ruhainies juga telah memiliki rumah dan kereta sendiri setelah bekerja keras menjadi pelakon.

Kereta Mercedes milik Ruhainies.

Tidak mengambil masa yang terlalu lama iaitu cuma empat tahun sahaja berkecimpung dalam industri seni, dia sudahpun berjaya menggapai impiannya itu.

“Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras saya sudah mampu memiliki rumah dan kereta sendiri.

“Akhirnya penat lelah selama ini berbayar dan saya puas hati kerana kedua-duanya sudah lama saya impikan sejak memulakan kerjaya sebagai anak seni,” katanya yang baru berusia 26 tahun.

Cerita Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas lagi, rumah jenis kondominium dan kereta Mercedes yang dibeli itu bukanlah untuk kegunaannya seorang diri.

Ibu bapa Ruhainies

Sebaliknya, kenderaan itu turut menjadi kegunaan keluarga dan dia turut berhasrat membawa kedua ibu bapanya menetap bersama kelak.

“Saya beli rumah dan kereta ini bukan untuk saya guna seorang tetapi untuk keluarga.

“Kalau dulu famili saya tinggal di Selayang, selepas ini bolehlah mereka pindah ke rumah saya di Shah Alam.

“Rezeki yang saya dapat ini adalah atas doa ibu bapa jadi mereka juga harus merasa apa yang saya perolehi ini,” katanya.

Bertuah sungguh ibu dan ayah Ruhainies. Inilah berkat bekerja keras, daripada menghabiskan duit untuk perkara tidak berfaedah baiklah beli aset seperti rumah dan kenderaan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.