Sensasi Terkini Viral

Kerana Tumpahkan Nasi, Kanak-Kanak Dipukul Hingga Sesak Nafas

Hanya kerana tumpahkan nasi, seorang kanak-kanak perempuan dirotan oleh neneknya hingga sesak nafas.

Kejadian berlaku di Puchong semalam dan video kejadian tersebut menjadi viral di laman sosial. Malah, wanita tersebut telah pun ditangkap dan mangsa dapat diselamatkan hasil aduan seseorang.

Menurut pengadu ketika itu dia berada di sebuah restoran sebelum menerima video tersebut melalui aplikasi WhatsApp Group.

Sejurus kemudian, dia bertindak membuat laporan di balai polis agar pihak berkuasa cepat mengambil tindakan.

Dipercayai kanak-kanak tersebut bukanlah ahli keluarga wanita terbabit tetapi dijaga sekejap olehnya.

Melihat aksi wanita berkenaan memukul kanak-kanak tersebut sememangnya tidak berperikemanusiaan. Semoga kejadian ini dapat dijasikan pengajaran buat semua. –KLICK.MY