Sensasi Terkini Viral

Kerana Parodi ‘Genius’ 4 Anak Muda Ini Ditawar Mengarah Filem Avengers!

BEBERAPA hari lalu tular di media sosial, sebuah video parodi yang dihasilkan seorang pelajar bersama rakan-rakannya yang memperoleh jutaan tontonan oleh netizen.

Video yang pertama kalinya dimuatnaik menerusi akaun Twitter Aiman Sany @[email protected] itu memaparkan aksi-aksi parodi sedutan daripada trailer filem Avengers: Inifinity Wars.

Secara bersahaja mereka meniru aksi-aksi dalam trailer tersebut secara non-CGI menggunakan beberapa peralatan dan lokasi di sekitar asrama, sekaligus mencetus ketawa netizen yang menontonnya.

Bersama video parodi tersebut Aiman Sany berkicau: “Siapa yang buat lebih baik?” sambil mengenakan tag kepada Marvel Studios.

Siapa sangka, video parodi berkenaan menjadi tular dan sehingga kini, ianya mendapat lebih 2.73 juta tontonan.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Walaupun aksi yang dilakukan secara bersahaja dan tidak serius, ramai yang terhibur melibat kreativiti Aiman Sany dan rakan-rakannya menggunakan peralatan seperti pinggan sebagai “shield”, batang penyapu sebagai senjata dan rim tayar standard sebagai ‘spaceship’.

Malah, kostum yang digunakan amat menggelikan hati.

Apa yang menarik, kreativiti mereka turut mendapat maklumbalas daripada pengarah tersohor Russo Brothers!

Adik beradik Russo (Anthony Russo dan Joseph V. “Joe” Russo) merupakan pengarah filem Avengers: Infinity War selain banyak filem Hollywood gred A lain termasuk Marvel’s Captain America: The Winter Soldier dan Civil War.

“Aiman. Anda semua sangat genius. Lapang tak kalau nak minta mengarah filem Avengers 5?” demikian Tweet balas Russo Brothers.

Sungguhpun pelawaan Russo itu hanyalah gurauan kerana Avengers: Infinity War inipun boleh dikira filem Avengers ke-3, namun apabila kreativiti anak-anak muda ini mendapat perhatian pengarah tersohor Hollywood, ini sesuatu yang amat membanggakan! Syabas kami ucapkan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.