Sensasi Terkini Viral

Kepedasan Cili ‘Dragon Breath’ Ini Boleh Membunuh!

Kalau anda seorang yang sukakan kepedasan, anda boleh mencuba cili terpedas di dunia ini. Namun awas, kerana kepedasan tersebut boleh membunuh anda!

Seorang chef bernama Mike Smith berjaya menanam pokok lada yang diberi nama ‘dragon breath’ atau nafas naga dan berjaya memecah rekod cili terpedas di dunia.

Smith menanam pokok lada tersebut dengan tujuan perubatan kerana ia sesuai digunakan sebagai bius. Menurut Smith, minyak yang terhasil daripada cili tersebut sangat kuat sehingga boleh kulit kebas.

Lelaki dari St Asaf di North Wales ini telah menanam cili dan sayur-sayuran sejak tujuh tahun lalu.

Cili tersebut diukur daripada 2.48 pada skala Scoville dan ia mungkin menyebabkan sejenis kejutan anaphylactic kepada sesiapa yang memakannya.

Malah ia juga menyebabkan saluran pernafasan seakan terbakar dan tersekat. Apabila ini terjadi, maka maut menanti anda.

Sedangkan semburan lada yang digunakan oleh tentera USA hanya berada di skala 2 Scoville.

Menurut Smith lagi, dia pernah merasai kepadasan cili tersebut namun hanya pada hujung lidah sahaja. Tidak sampai 10 minit dia terus ludah kerana kepedasan yang teramat.

Cili ini perlu disimpan di dalam bekas khas yang tertutup. Ia akan dipamerkan di Chelsea Flower Show pada 23 dan 27 Mei ini.-KLICK.MY