Terkini Viral

Kepala ‘Berlubang’ Dipukul Rakan Sekolah

Masalah buli di sekolah memang tidak pernah habis. Sejak dulu lagi gejala tidak sihat ini sering terjadi. Walaupun pelajar sudah diberi amaran keras, namun ia tetap berulang.

Kes yang baru terjadi ini pula melibatkan seorang pelajar perempuan tingkatan 1 yang cedera di bahagian kepala akibat dibuli beberapa pelajar sekolah yang sama.

Kalau dilihat luka di kepalanya, mungkin ia dipukul menggunakan objek tumpul. Memang ngeri melihat lukanya itu yang seakan-akan berlubang.

Kes ini terjadi di SMK Bandar Sri Damansara 2 dan ia mula menjadi tular di laman sosial setelah salah seorang rakan kepada ibu bapa mangsa  memuatnaikkannya.

Punca kejadian tidak dikenal pasti, namun mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul di kepala dan perutnya dipijak oleh pelajar perempuan tingkatan 3 bernama Mira, sehingga tidak sedarkan diri.

Pemeriksaan pihak hospital mendapati, mangsa yang masih memakai pakaian yang dibasahi darah itu mengalami luka sepanjang 2 inci di bahagian kepala. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dalaman.

Menurut sumber, guru sekolah berkenaan telah pergi berjumpa dengan ibu bapa salah seorang pelajar yang terlibat. Bagaimanapun, ibu bapa pelajar terbabit tidak percaya anak mereka melakukan perkara itu.

Difahamkan bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.-KLICK.MY

Tag