Sensasi Terkini Viral

Kening FeatherBrows Jadi Kegilaan Baharu Wanita

Dunia solekan sering berubah mengikut peredaran zaman. Namun, apa yang terjadi kepada seorang jurusolek dari Finland ini benar-benar mengejutkan.

Niatnya hanya mahu bergurau apabila memuat naik gambar kening dengan tata rias seperti bulu di Instagram. Namun tindakannya untuk menyebabkan ia menjadi tular dan mendapat reaksi positif masyarakat dunia.

Jurusolek tersebut menamakan trend itu sebagai #FeatherBrows. Kemudian ia diikuti oleh orang ramai dan mereka mula memuat naik gambar kening masing-masing dengan trend yang diperkenalkan oleh jurusolek itu.

Terkejut dengan fenomena itu, dia berpesan pada dirinya sendiri apabila memuat naik gambar jenaka yang bertujuan untuk memulakan satu trend kening yang pelik, orang akan ingat ia perkara serius dan mula mengikutinya.

Walaubagaimanapun, dia mengucapkan terima kasih untuk semua sokongan dan juga kecaman.

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya cara membuat kening tersebut, mudah sahaja, anda hanya perlu mengasingkan kening kepada dua bahagian dan gunakan vaseline supaya ia kekal terbelah.-KLICK.MY