Viral

“Kenapa Saya Perlu Bagi Duit Pula Pada Dia”-Datuk Seri Vida

KEMELUT yang berlaku antara juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Aishah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) terus berlarutan.

Sebelum ini, Aishah mendedahkan mengenai ketulenan barangan kemas yang diterima ketika menjuarai pertandingan GV4 tahun lalu.

Melalui pemeriksaan di kedai barang kemas mendapati rantai tersebut bukan asli dan tidak mempunyai nilai.

Justeru, Aishah menuntut agar DSV memohon maaf dan menggantikannya dengan wang tunai atau barang kemas yang sama nilai sebagai pertukaran.

Manakala bagi pihak DSV pula, dia menawarkan untuk menukar rantai emas putih bertatah batu permata yang didakwa palsu itu dengan Lavida Coin namun enggan diterima oleh Aishah.

Keengganan pelantun lagu Janji Manis Mu itu menerima tawaran DSV membuatkan usahawan itu memberi kata dua kepada Aishah, sama ada terima atau tidak.

“Saya takkan ganti dengan wang tunai mahupun barang kemas bernilai RM80,000.

“Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin… ‘you take it or leave it’,” katanya seperti dilaporkan mStar Online.

Sementara itu, tegas DSV lagi, dia berhak menolak permintaan Aishah kerana barang kemas tersebut sebenarnya tiada dalam senarai hadiah utama bagi juara GV4.

“Kenapa saya perlu bagi duit pula kat dia? Lagipun rantai itu saya bagi seikhlas hati.

“Kalau dia tak nak Lavida Coin bermakna dia orang paling rugi atas muka bumi ini,” katanya.

Lavida Coin merupakan salah satu bentuk pelaburan mata wang kripto dan token digital yang diperkenalkan usahawan kelahiran Machang, Kelantan itu.

Memandangkan kemelut melibatkan mereka berdua semakin berpanjangan, DSV mahu pihak Astro menemukan mereka berdua untuk membersihkan imejnya.

Pada masa sama, dia turut mencadangkan agar gelaran juara yang diberikan kepada Aishah ditarik memandangkan rantai tersebut hanyalah hadiah tambahan, bukannya ganjaran utama.

“Saya mahu kejuaraan dia ditarik balik… dia tak layak dapat nombor satu tapi nombor 10,” katanya.

Malah, Vida menegaskan tiada keperluan untuk beliau meminta maaf kepada Aishah kerana dia tidak menipu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.