Hiburan Sensasi Terkini Viral

Kenali Kekasih Luna Maya, Bukan Calang-Calang Orangnya

Selebriti  popular dan juga aktres terkenal Indonesia, Luna Maya  mempunyai teman lelaki yang bukan calang-calang orangnya.

Menurut Tribune News, Reino Barack merupakan seorang ahli perniagaan berjaya yang menerajui beberapa syarikat besar di Negara republik itu.

Meskipun pasangan itu tidak terlalu menayang hubungan cinta mereka kepada umum namun mereka sebenarnya sangat romantic ketika hadir ke majlis tertentu dan ketika bercuti bersama.

Berdasarkan butiran di Linkedin miliknya, Reino Barack adalah seorang Senior Vice President di PT. Global Mediacom sejak tahun 2007.

Lelaki yang dilahirkan pada tahun 1984 ini juga merupakan CEO dari MNC New Media dan Chief Executive Officer MNC SHOP.

Reino Barack merupakan lulusan dari American University di Paris, Perancis dalam jurusan International Finance dan International Economics.

Sesungguhnya mereka berdua kelihatan sama cantik sama padan, semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. –KLICK.MY