Sensasi Terkini Viral

Kemunculan Belon Payu Dara Di Kota London Gemparkan Orang Ramai

Jangan terkejut sekiranya anda berkunjung ke Kota London tiba-tiba ternampak sebiji belon gergasi di atas sebuah bumbung bangunan yang menyerupai payu dara.

Belon gergasi tersebut diletakkan di atas bumbung sebuah bangunan di Shoreditch, London itu menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar.

Jelas kelihatan belon tersebut berbentuk payu dara wanita. Mungkin ia agak sensitif bagi sesetengah pihak namun itulah cara yang dilakukan untuk menjayakan kempen bertajuk ‘Free The Feed’.

Kempen tersebut bertujuan untuk menyedarkan masyarakat terhadap stigma yang mengatakan menyusui bayi di khalayak umum sesuatu yang tidak sopan.

Kempen ini mengajak agar masyarakat menerima perbuatan menyusu badan kepada bayi di khalayak umum adalah perkara biasa dan tidak perlu dihairankan.

Projek khas ini dianjurkan oleh Mother London, sebuah agensi dari British Independent. Usaha yang dilakukan oleh mereka ini sebenarnya mendapat perhatian dunia

Mungkin gimik yang digunakan berjaya meraih perhatian pelbagai pihak. Agak-agaknya sesuai tak kalau ia dilakukan di Malaysia? Rasanya tak sesuai kot!-KLICK.MY