Sensasi Terkini

Kempen Solekan Sahur Oleh Jenama Kosmetik Terkenal Tidak Masuk Akal

PERNAHKAH anda terbayang bersahur dalam keadaan glamour atau bersolek? Pasti persoalan itu membuatkan anda menggeleng kepala.

Mungkin anda akan dicop gila apabila bersolek sakan ketika bersahur.

Namun pendapat itu bertentangan dengan jenama kosmetik terkenal dunia, MAC apabila mereka mengeluarkan sebuah video tip solek untuk wanita Muslim, khusus untuk bersahur.

Video yang bertajuk ‘Get Ready for Suhoor’ atau ‘Sedia Untuk Bersahur’ yang berdurasi 30 saat ini memaparkan artis solek, Mairam Khairallah sedang memakai eye shadow atau pembayang mata dan maskara kepada seorang model.

Kempen ini telah menerima pelbagai reaksi dari netizen di media sosial.

 

Sementara itu, ada juga yang mempertahankan kempen jenama itu sambil berkata acara bersahur memang disambut meriah di beberapa komuniti di Dubai.

Mungkin kempen ini sesuai untuk wanita yang bersahur di luar. Kalau di Malaysia, mungkin ia sama sekali tidak sesuai kerana kebanyakan wanita di sini hanya bersahur di rumah. –KLICK.MY

Sumber: Astro Awani

Tag