Viral

Kembar ‘7G’ Minta Maaf, Dakwa Ada Rakan Cuba Sabotaj

BARU-BARU ini tular di media sosial apabila Instafamous Siti Norsyafiqah Tajudin atau Ieka dan kembarnya, Siti Norsyakirah (Iera) mendapat keputusan peperiksaan 7G. Pasangan kembar itu dikritik teruk netizen selepas membuat kenyataan menyalahkan pihak sekolah.

Namun, setelah teruk dikecam, akhirnya pasangan kembar ini tampil memohon maaf dan mengaku kesilapan mereka menerusi Instagram.

Slip peperiksaan yang dipercayai milik Ieka tular di media sosial.

Menurut Ieka, dalam kontroversi tersebut, ada individu yang cuba untuk menjatuhkan mereka berdua dengan menyebarkan keputusan peperiksaan mereka.

“Hi dan Assalamualaikum untuk pembaca sekalian. Di kesempatan ini, kami (Ieka dan Iera) ingin menjelaskan dan memohon maaf di atas isu viral mengenai hal kami yang telah menjadi isu perbualan orang ramai sekarang ini.

“Masalah ini hanya melibatkan kalangan kawan kami sahaja yang ingin menjatuhkan kami berdua dan sanggup menyebarkan isu privasi kami kepada orang awam.

“Kami anggap ia agak melampaui batas dan menjatuhkan maruah,” tulisnya.

Pada masa sama, Ieka turut memuat naik gambar posting seseorang yang mendakwa dirinya sebagai salah seorang yang menyebarkan video ‘live’ yang menjadi kontroversi itu.

Dalam posting itu, individu terbabit memohon maaf di atas kesilapannya memuat naik video tersebut dan berjanji akan memadam posting berkenaan.

Namun, Iera Tajuddin sepertinya tidak memaafkan individu terbabit. Malah, dia menganggap individu itu buat hal dengan silap orang. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.