Gaya Hidup Terkini

Keluarga Ini Sepakat Capai Badan Sihat, Hasilnya Mengagumkan

HENDAK seribu daya tak nak seribu dalih. Sekiranya berkehendakkan sesuatu pasti kita akan cuba bersungguh-sungguh.

Begitulah yang boleh diperkatakan tentang sebuah keluarga di China yang bertekad mengamalkan hidup sihat dan mendapatkan tubuh idaman semua orang.

Bayangkan, empat orang ahli keluarga ini pada mulanya mempunyai berat badan yang kurang sihat. Masing-masing mempunyai lemak dan perut yang agak buncit.

Namun mereka bertekad untuk kurus. Apa yang membanggakan, mereka tidak menggunakan jalan pintas seperti melakukan pembedahan atau sedut lemak.

Sebaliknya mereka menggunakan cara yang sihat iaitu bersenam. XY Jesse, seorang jurugambar berusia 32 tahun bersama keluarganya gigih menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Mereka bermula dengan rutin harian di gimnasium. Setiap 10 hari, mereka akan rekodkan kemajuan.

Akhirnya setelah beberapa bulan akhirnya mereka berjaya mendapatkan tubuh idaman.

Jadi apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama memasang impian untuk mendapatkan tubuh seperti mereka.

Senaman dan pemakanan sihat amat penting dalam kehidupan bagi memastikan tubuh sentiasa sihat. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen