Sensasi Terkini Viral

Keliru, Wajah India Tetapi Nama Cina

Kalau dilihat pada wajah serta warna kulit, pastinya anda menyangka dia seorang warga Bangladesh. Namun, jangan tidak tahu dia fasih berbahasa Mandarin, Hakka dan Kantonis.

Pasti ternganga mulut anda sekiranya dengar dia bercakap. Malah lebih mengelirukan dia mempunyai nama Cina iaitu Pang Chee Pin. Kalau tidak percaya lihat sahaja kad pengalannya.

Gambar kad pengenalan Chee Pin menjadi tular di laman sosial dan ia menimbulkan salah faham orang ramai. Rata-rata menganggap hal tersebut disebabkan musim pilihanraya yang semakin dekat.

Namun ia disangkal oleh keluarga lelaki ini. Menurut sepupu Chee Pin yang berketurunan Cina, mereka pernah tinggal bersama ketika berusia setahun.

Chee Pin sebenarnya pernah mempunyai nama India namun setelah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga Cina, namanya terus ditukar.

Oh, rupa-rupanya Chee Pin memang berketurunan India dari sebuah keluarga di Simpang Renggam. Dia dijadikan anak angkat oleh keluarga Cina.-KLICK.MY