Luar Negara

Keliru Antara Nangka Dan Durian, Martha Stewart Dikecam Netizen

PASTINYA anda masih ingat dengan kekecohan yang pernah berlaku dalam dunia kulinari apabila juri rancangan MasterChef UK, Gregg Wallace, mengkritik hidangan rendang yang dimasak seorang rakyat Malaysia,  Zaleha Kadir Olpin, sebagai tidak rangup.

Berkaitan: Tersingkir MasterChef UK Gara Gara Ayam Rendang Tak Rangup

Kesilapan itu bukan sahaja mengundang kemarahan rakyat Malaysia tetapi juga negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

Kini peristiwa itu seakan-akan berulang dan dunia barat terus keliru dengan makanan masyarakat Asia.

Giliran personaliti terkenal Amerika Syarikat, Martha Stewart pula berhadapan kecaman apabila blog miliknya meletakkan gambar durian pada artikel yang memaparkan kegunaan buah nangka.

Artikel berkenaan bertajuk ‘Bagaimana mahu menggunakan buah nangka’, yang memaparkan lima kegunaan buah nangka dalam masakan.

Kekeliruan itu mencetuskan perdebatan di laman sosial bagaimana ia boleh terjadi, kerana menurut netizen, mencari gambar nangka bukanlah satu perkara yang sukar kerana gambar-gambarnya banyak terdapat menerusi carian Google.

Netizen juga mempersoalkan jika artikel itu sememangnya tentang nangka atau sebenarnya berkenaan buah durian. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.