Terkini Viral

Untunglah! Tunku Ismail Belanja Pengunjung Mall RM3k Seorang

PENGUNJUNG Jusco Tebrau City, Johor Bahru semalam mendapat “rezeki terpijak” apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) bermurah hati membelanja mereka.

Rata-rata pengunjung rasa terkejut dan teruja apabila Tunku Ismail membuat pengumuman untuk membayar perbelanjaan sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Beliau turut beramah mesra bersama rakyat yang sedang membeli keperluan asas di pasaraya AEON tersebut.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi. Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor,” ujarnya, dipetik dari laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Difahamkan Tunku Ismail membayar lebih kurang RM1 juta bagi keseluruhan pembelian yang dibuat oleh rakyat yang bertuah pada hari itu.

Semoga Tunku Ismail dilimpahi rezeki dan kesihatan yang berpanjangan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen