Semasa Sensasi Terkini Viral

Kejutan buat si ayah, anak hadiahkan kereta lama!

Pengorbanan seorang ayah akhir terbalas apabila dihadiahkan sebuah kereta lama yang pernah dimilikinya dulu. Kereta tersebut dihadiahkan oleh anak perempuannya yang terhutang budi.

Stephanie Hamren dari New Orleans, Amerika Syarikat, membuat kejutan istimewa dengan menghadiahkan sebuah kereta jenis Ford Coupe 1939 dan ada kisah menarik di sebalik kereta tersebut.

Kereta lama itu sebenarnya sesuatu yang amat bernilai buat si ayah kerana pernah memilikinya pada 21 tahun yang lalu ketika Stephanie masih kecil.

Sungguhpun terlalu sayang kepada kereta tersebut, namun si ayah terpaksa menjualnya kerana memerlukan wang untuk membiayai pelajaran anak perempuannya itu.

Pengorbanan itulah yang menyebabkan Stephanie bertekad untuk mencarinya semula dengan apa cara sekali pun.

Pencariannya itu akhirnya berjaya menemui semula kerea tersebut pada tahun 2014 namun terpaksa menunggu untuk membelinya kerana kewangan yang tidak mencukupi.

Dia telah memuatnaik ceritanya itu dalam sebuah laman social dan berjaya mendapat sumbangan orang ramai untuk membaiki dan membawa pulang kereta berkenaan.

Stephanie dan ibunya senyap-senyap telah membawa ayahnya ke laman rumah di mana melihat kereta berkenaan berada di depan matanya, ayahnya terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa apabila melihat kereta Ford Coupe kesayangannya itu.

Bertuah si ayah kerana memiliki seorang anak yang tahu mengenang budi. Pengorbanannya selama ini tidak sia-sia. Bergenang jugalah air mata tengok klip video tersebut-KLICK.MY