Jenayah Semasa Sensasi

Kejamnya Ibu!!

Tindakan pantas seorang wanita pekerja kilang berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi selepas suspek yang dipercayai ibu kandung bayi tersebut, membuang bayinya dalam mangkuk tandas di Hospital Selayang, petang semalam.

Saksi, Noor Shakina Ramli, 35, berada di dalam tandas berkenaan sebelum terdengar tangisan bayi lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang. Menurut beliau, dia kemudiannya keluar dari pintu tandas pertama dan mendapati tiada sesiapa di situ, namun, tangisan bayi masih kedengaran.

“Saya pun tolak pintu tandas kedua dan terus nampak kepala bayi dalam mangkuk tandas di situ”, katanya.

Ketua Polis Daerah Gombak. Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, saksi melihat perbuatan ibu bayi tersebut dan memaklumkan perkara tersebut kepada pengawal keselamatan.

“Bayi tersebut disahkan oleh doktor berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan”, katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Ketika ini, suspek ditahan di wad Zon Merah hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.