Jenayah Sensasi Terkini

Kejam, Letak Mayat Ibu Di Dalam Peti Ais Setelah Membunuhnya

Seorang lelaki Hawaii, Yu Wei Gong ditangkap selepas mengaku membunuh ibunya, Liu Yun Gong.

Malah, ketika pihak berkuasa sampai di rumahnya, dia memberitahu mayat ibunya berada di dalam peti ais.

Perbuatan kejam lelaki ini disebabkan perasaan marah dan tidak puas hati terhadap ibunya.

Akuinya, dia tidak tahan kerana ibunya sering membebel dan memarahinya kerana tidak pergi ke sekolah.

Setelah membunuh ibunya, dia menyumbat mayat ibunya ke dalam tujuh beg plastik lalu dimasukkan ke dalam peti ais di sebuah pangsapuri berhadapan dengan pantai Honolulu Waikiki.

Malah, menurut Gong, dia telah membunuh ibunya pada September lalu dan hanya memberitahu pihak berkuasa pada April baru-baru ini.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa, Gong membunuh ibunya menggunakan senjata tumpul di kepala.

Namun, menurut Gong dia tidak sengaja atau tidak berniat untuk membunuh ibunya. Dia muncul di mahkamah baru-baru ini selepas dibebaskan dari hospital psikiatri.

Liu Yun Gong bekerja di sebuah spa sebagai terapi berlesen. Apabila dia tidak muncul untuk bekerja, bosnya, Julie Kim, memberitahu outlet dan cuba menghubunginya tetapi tidak berjawab.

Kemudian, dia berkata, anak Liu Yun menjawab panggilan dan memberitahu ibunya telah pergi ke sebuah pulau beberapa bulan dan meninggalkan telefon di rumah.

Kini kesnya masih dalam proses pengadilan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana dia sanggup membunuh ibunya sendiri dan meletakkan di dalam peti ais.-KLICK.MY