Semasa Sensasi Terkini Viral

Kejam, Lelaki Beri Anjing Makan Kucing Hidup

Tak sanggup rasanya nak lihat keseluruhan klip video di mana seorang lelaki memberi anjingnya makan seekor kucing yang masih hidup semata-mata mahu membalas dendam.

Kejadian ini berlaku di Dubai dan pihak polis telah menahan lelaki berkenaan. Menurut sumber, lelaki berkenaan berang dengan kucing itu kerana telah memakan beberapa ekor burung.

Di manakah sifat kemanusian lelaki ini hingga sanggup bertindak sekejam itu. Kalau betul pun marahkan kucing tersebut, tidak perlu sampai dihukum sedemikian rupa.

Akhbar harian The National yang memetik pegawai Jabatan Siasatan Jenayah polis Dubai, Mejar Jeneral Khalil Al-Mansouri, berkata individu yang terbabit dalam aktiviti penganiayaan haiwan bakal berdepan hukuman penjara dan denda.

Haiwan juga makhluk Allah sama seperti kita. Bezanya mereka tidak dikurniakan akal. Namun kalau manusia tidak gunakan akal, ia sama sahaja dengan haiwan malah lebih teruk lagi.-KLICK.MY