Sensasi Terkini Viral

Kejam, Ibu Ikat Anak Seperti Haiwan

Mungkin perkataan yang sesuai untuk ibu ini ialah syaitan kerana sanggup mengikat anaknya sendiri sehingga budak tersebut sesak nafas.

Perbuatan wanita tersebut sempat dirakam dan ia mula tersebar sehingga tular dilaman sosial. Dalam klip video tersebut menunjukkan seorang wanita mengikat anak lelakinya dengan tali di sebatang tiang sambil memijak kepalanya.

Walaupun anaknya itu merayu dan memberitahu perbuatan ibunya itu menyebabkan dia sukar bernafas, namun tidak diendahkan oleh wanita berkenaan.

Menurut sumber kejadian ini berlaku di sebuah pasar yang sibuk di Thailand. Malah, kejadian itu turut disaksikan oleh orang ramai yang lalu lalang namun mereka tidak berbuat apa-apa.

Kebanyak netizen yang menonton video tersebut mempersoalkan kenapa orang yang lalu lalang itu tidak cuba menghalang perbuatan wanita yang kejam itu.

Tidak diketahui apalah yang menyebabkan wanita itu terlalu marah kepada anaknya. Mungkin anaknya telah melakukan kesalahan. Kalau betul pun anaknya telah melakukan kesalahan, wanita tersebut tidak patut menghukum anaknya sedemikian rupa.-KLICK.MY

Sumber: Cari

Tag