Hiburan Sensasi Terkini

Keith Foo Kongsi Kegembiraan Timang Anak Perempuan

Seorang demi seorang artis kita menimang cahaya mata. Terbaru, pelakon kacak, Keith Foo pula menimang cahaya mata perempuan semalam.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Ariana Rose ini telah memuat naik gambar yang memaparkan tangan isteri dan anaknya itu di Instagram.

Wah, sekejap sahaja masa berlalu kini sudah bergelar ayah! Keterujaan Keith Foo itu dapat dilihat pada kapsyen yang disertakan.

Menurut Keith, dia tidak sangka akan jatuh hati kepada perempuan lain (anak) namun hari ini dia melakukannya.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menatap wajah puteri Keith Foo bersama isterinya, Kim Raymond.

Agak-agaknya mirip siapalah wajah anak mereka. Adakah mirip Keith atau isterinya? –KLICK.MY