Jenayah Terkini

Kehilangan Terungkai, Kanak-Kanak Pakistan Dirogol & Dibunuh

MISTERI kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Kasur, Pakistan akhirnya terungkai selepas mayatnya ditemui dalam timbunan sampah Selasa lalu.

Gadis kecil bernama Zainab Ansari dilaporkan telah hilang ketika dalam perjalanan mengaji al-Quran. Kehilangannya itu membuatkan keluarganya bertindak membuat laporan polis.

Namun, sudah terlambat kerana nyawa kanak-kanak itu sudah melayang dek perbuatan manusia yang keji. Selain mayatnya dijumpai dalam tong sampah, terdapat juga kesan dirogol dan dicekik hingga mati.

Kejadian seumpama ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Pakistan dalam tempoh terdekat. Pihak polis Kasur mengesahkan 12 kes pembunuhan hampir sama direkodkan dalam tempoh dua tahun.

Lima daripadanya disyaki dilakukan suspek yang sama yang masih gagal ditahan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.

Kematian Zainab mencetuskan bantahan penduduk setempat pada hari pengebumiannya.  Mereka kecewa dengan pihak berkuasa yang didakwa gagal menangani kes sebegini.

Rakaman kamera litar tertutup  (CCTV) yang menunjukkan pergerakan terakhir Zainab berjaya diperoleh hasil usaha sanak saudara mangsa dan bukannya pihak polis. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.