Semasa

Kegilaan Burung Ungu.. Apa Kes?

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba laman Facebook hari ini dipenuhi dengan fenomena burung ungu.

Rata-rata netizen teruja untuk menggunakan ikon tersebut malah ada yang sibuk bertanya bagaimana untuk mendapatkan burung ungu yang asyik terhangguk-hangguk itu.

Mula-mula ingatkan burung merak rupa-rupanya burung merpati ala-ala patah leher.

Kegilaan tersebut tidak dapat dibendung lagi dari sehari ke sehari sehingga tular di lama sosial.

Hah, kalau korang nak tahu burung ungu yang asyik terhangguk-hangguk itu sebenarnya adalah set stiker yang bernama Dove (burung yang hentak kepala dinamakan Trash Dove) dan ia dicipta oleh pelukis dari Florida, Syd Weiler pada September dan dijadikan set stiker kepada iPhone pada Januari lalu.

Lagi satu kegilaan burung ungu ini bermula apabila ia menjadi tular dalam sebuah video di negara jiran kita, Thailand baru-baru ini.

Mungkin kerana comel walaupun tak tahu apa motif dia terhangguk-hangguk macam burung belatuk ia mendapat perhatian netizen.

Trash Dove kini bukan sahaja menjadi stiker, malah turut menjadi ikon internet. – Klick.my