Sensasi Terkini Viral

Kecil-Kecil Cili Padi, Umur 5 Tahun Sudah Ketuai Tarian

Ibarat kata pepatah kecil-kecil cili padi, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sudah pandai menari dengan begitu lincah sekali. Bahkan dia selalu mengetuai acara tarian di kawasan umum.

Berasal dari Chongqing, China, Dailan Jingyi merupakan pelajar tadika. Kelebihan yang ada pada Jingyi membuatkan dia diminati dan menarik perhatian ramai. Pengikutnya bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Menurut media di sana, Jingyi mula mengetuai tarian pada November 2016. Bayangkan dia mula belajar menari pada September 2016 dan terus boleh mengetuai tarian selepas dua bulan belajar.

Oleh kerana kebolehan luar biasanya itu dia tidak mengambil masa yang lama untuk mempelajari sesuatu tarian.

Bakat Jingyi telah ditemui oleh seorang wanita bernama Hong Shuangshaung. Dialah yang melatih Jingyi sehingga kanak-kanak itu mampu menari dengan baik.

Setiap petang dia akan menari lebih daripada 20 buah lagu selama satu jam setengah. Memang tenaganya begitu luar biasa. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, Jingyi akan melakukannya di dalam rumah.

Anda boleh lihat sendiri gambar-gambar dan video Lingyi yang sedang mengetuai acara tarian beramai-ramai. Tidak kira usia semua mengikuti langkah tarian yang dilakukan olehnya. Sambil menari sambil melakukan senaman. Memang menyeronokkan!-KLICK.MY