Hiburan

“Kecil Hati Saya”-Noraniza Idris Luah Rasa Kesal Perkataan Artis Sendu

KENYATAAN yang dikeluarkan oleh bekas penaja program Gegar Vaganza (GV), Datuk Seri Vida, berkaitan gelaran ‘sendu’ terhadap artis yang memasuki program tersebut menggores hati penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris.

Menerusi Instagramnya, Noraniza memetik tajuk sebuah akhbar online berkaitan kenyataan Vida tersebut.

“Apa ni? GV untuk artis sendu naik balik. Astaghfirullah. Desperate ke artis lama masuk GV? Kecil hati saya,” tulisnya.

Dia tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Perkongsiannya itu bukan sahaja mendapat perhatian daripada para pengikutnya tetapi juga teman artis seperti Fauziah Latiff.

Dalam pada itu, Noraniza mengharapkan agar generasi baharu lebih menghargai artis-artis lama yang sebelum ini banyak berjasa kepada industri.

Sementara itu, lapor mStar Online, Vida meminta artis lain supaya tidak cepat melatah dengan kenyataannya itu.

“Jangan salah tafsir istilah ‘sendu’ yang saya maksudkan. Saya tak maksudkan ‘sendu’ tu bermakna anda bukan siapa-siapa.

“Ia merujuk kepada perbezaan anda dari zaman kegemilangan dan setelah anda tak gemilang. Kenapa nak terasa?,” soalnya.

Sesuatu yang tidak sihat dalam industri hiburan tanah air sekiranya perbalahan antara mereka berterusan.

Semoga jalan penyelesaian dapat dibuat segera agar tidak berlanjutan. –KLICK.MY