Terkini Viral

Sedih Dicaci Anak Dara Tua, Wanita ‘Raksasa’ Nekad Berubah

Kisah wanita dari India ini mungkin boleh memberi anda inspirasi terutamanya mereka yang mengalami masalah obesiti.

Wanita terberat di India bernama Amita Rajani, 44, masih belum berumah tangga gara-gara masalah obesiti yang dihidapinya. Keluarganya juga sudah berputus asa apa yang harus dilakukan.

Amita mendapat gelaran wanita tua raksasa kerana lapisan lemak yang berlipat-lipat pada kulitnya sehingga kelihatan menjijikkan.

Kecewa dan sedih dengan keadaan dirinya, Amita mula bertekad untuk berubah lebih-lebih lagi disebabkan permintaan ayahnya yang sudah meninggal dunia.

Ketika masih hidup, ayah Amita teringin sangat melihat anaknya itu kurus dan sering memberikannya semangat.

Menurut Daily Star, Amita pernah menjalani pembedahan menyedut lemak di perutnya. Dalam pembedahan tersebut dia berjaya membuang 19 ketulan lemak pada tubuhnya, seberat 20 kilogram.

Namun, itu belum cukup untuk dia kelihatan seperti yang dimahukan. Lantas dia nekad untuk mengamalkan diet yang lebih ketat.

Hanya memakan sayur-sayuran, bersenam dan rajin membuat pemeriksaan doktor, akhirnya Amita berjaya memperolehi berat ideal yang diimpikan selama ini.

Kini, penampilan Amita sudah berubah berbanding dahulu. Perubahan paling ketara adalah di bahagian perut dan kakinya. Lipatan lemak yang mengerikan sudah hilang.

Menurut Amita, hidupnya telah berubah. Dia ingin buktikan kepada semua orang yang mencacinya sebagai anak dara tua bahawa dia kini akan segera mencari cinta sejati.

Semoga Amita cepat-cepat bertemu cinta sejatinya. Siapa kata obesiti tidak boleh diubati, apa yang penting perlu ada tekad, disiplin, senaman dan diet yang betul. –KLICK.MY