Hiburan Sensasi Terkini Viral

Kasihan Nora Danish, Sudah kahwin Pun Kena Kecam

Malam tadi pelakon jelita, Nora Danish telah melangsungkan perkahwinan dengan Nedim Nazri. Pasti ia menutup mulut pihak yang sejak dulu lagi tidak menyukai artis ini.

Namun telahan itu tidak benar sama sekali kerana ia berterusan berlaku. Ada sahaja yang tidak kena pada mata pihak yang tidak menyukainya.

Daripada baju hinggalah tindakan pasangan ini bercium mulut di atas pelamin di hadapan orang ramai. Pelbagai kutukan dan kecaman dilemparkan ke atas pelakon Polis Evo ini.

Sudah lumrah menjadi artis popular buat baik pun orang kecam apatah lagi berbuat jahat. Pada hari bahagia sepatutnya keluarlah cerita-cerita yang membahagiakan namun sebaliknya buat Nora Danish.

Mulanya baju perkahwinannya dikritik kerana dikatakan terlalu seksi dan terbaru, tindakan pasangan pengantin baru ini ‘cemolot’ atau bercium mulut. Perbuatan itu menjadi tular di laman sosial dan ramai yang memberi ulasan dan komen yang agak kasar.

Diharap Nora Danish tidak terganggu dengan komen-komen yang diberikan netizen. Rasanya pelakon ini memang mempunyai jiwa kental dan sudah biasa berdepan dengan kutukan-kutukan.

Apapun, kami di sini mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga kekal ke akhir hayat.-KLICK.MY